Saturday, September 5, 2009

Carta Organisasi 2009

CARTA ORGANISASI 2009/2010

Guru Penasihat:Pn.Nurul Hidayah Seah Bt Abdullah

:Tn.Haji Nasir Bin Puteh

:Pn.Noraini Bt Mohamad Kassim

Pengurusi :Fatimatul Nadiah Bt Hamdan

N.Pengurusi :Nur Anisa Bt Abdullah

Setiausaha :Nurul Izzati Bt Ishak

Bendahari :Siti Atikah Bt Mohd Isa

N.Bendahari :Nor Azzatul Azreen Bt Md Zain

Wakil Ting 5:Nur Asfazira Bt Md Yassin

4:Izan Hasnina Bt Hashim

3:Nor Najua Bt Che Mansor

2:Nazirah Bt Atan

LAPORAN AKTIVITI

1.Latihan Hoki

-Setiap hari Isnin,Selasa & Khamis

-Masa:3-5 petang

-Tempat:Turf Hoki Rohani Mansor,SMK Puteri

2.Perlawanan Persahabatan

-Sek.Men.Keb.Dato Abdul Razak

-Sek.Men.Agama Perseketuan Labu

-Sek.Men.Seri Puteri,Cyberjaya

-MSSMD Port Dickson

3.Gotong Royong :Membersihkan bilik pengurusan sukan

4.Jamuan Tahunan

5.Kejayaan:

-Kejohanan MSSMDSS-Johan PB18

-Kejohanan MSSMNS-Johan PB15&18

-Kejohanan Hoki 7 Sebelah NS-Johan

-Naib Johan

-Ke-3

-Kejohanan Hoki Juara-Juara Sekolah

Kebangsaan –ke-4 & Anugerah Pemain

Harapan

-Karnival Sukan SUKNES-Johan

-Kejohanan MSSM 2009-Suku Akhir

MOTTO HOKI PUTERI

PUTERI NUMBER 1!!!!!!!!!!

TEMA

LATIHAN MEMBAWA KEJAYAAN

Galeri

Kontijen SUKNES Seremban






We Win!!!!!!!















MSSM di Perak 2009







Champion School







Menang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Kenangan Bersama Pemain Dengan Pn.Nurul








Penutup SUKNES 2009















SUKNES di Seremban Dua
Champion School 2009

HOKI

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

SMK PUTERI,SEREMBAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,Seremban terus melakarkan cacatan sejarahnya yang tersendiri dalam bidang sukan hoki pada tahun 2004.Padang Astroturf yang tersergam megah dan terbentang luas di padang sekolah menjadikannya sebagai salah sebuah sekolah harian di Negeri Sembilan dan Malaysia yang memiliki padang astroturf tersendiri di perkarangan sekolah.

Idea pembinaan padang astroturf di SMK Puteri tercetus hasil dari perbincangan dan tindakan pro-aktif yang diambil oleh Allahyarhammah Hajah.Rohani Bt Mansor,bekas pengetua dan Pn.Nurul Hidayah Seah Bt Abdullah,setiausaha sukan dan pengerusi teknik dan pembangunan hoki MSSM Negeri Sembilan pada ketika itu.

Sesungguhnya pembinaan padang astroturf ini meninggalkan banyak kenangan manis untuk diabadikan atas nama bekas pengetua yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kejayaan pasukan hoki SMK Puteri selama ini.

Kerja-kerja pembinaan pada rumput tiruan ini ini telah bermula pada Mac dan siap sepenuhnya pada pertengahan Julai 2004.Kos pembinaan dianggarkan sebanyak

RM600,000.00 dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pada tahun 2000,SMK Puteri telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menjadi pusat Program Bakat Tunas Cemerlang MSN/MSSM bagi sukan hoki perempuan.

Di bawah program ini,sekolah akan dibekalkan peralatan asas hoki,wang penyelenggaraan pusat dan elaun jurulatih.Atlet-atlet berpeluang mengikuti latihan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu berpandukan manual latihan yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan, Majlis Sukan Negara.

Kebanyakan atlet progam ini adalah bekas pemain hoki PB12 tahun MSSM Negeri Sembilan dan pelajar yang mempunyai bakat dalam hoki.Program ini adalah bagi atlet yang berumur bawah 15 tahun sahaja.

Atlet-atlet ini akan menyertai kejohanan Tunas Cemerlang Kebangsaan setiap tahun.Sepanjang program ini diadakan pada tahun 2000 hingga 2007,pencapaian terbaik pasukan hoki SMK Puteri ialah pada tahun 2007 di mana ia menjadi juara.Pada tahun 2001,pasukan Puteri pernah menjadi naib johan dan memenangi anugerah penjaga gol terbaik.

Di bawah program ini,SMK Puteri banyak melahirkan pemain yang berbakat dan ramai di antara pemain ini berjaya mewakili pasukan hoki perempuan bawah 16 dan bawah 18 tahun MSSM Negeri Sembilan ke kejohanan di peringkat kebangsaan.

Pencapaian terbaik pasukan PB18 MSSM Negeri Sembilan di Kejohanan Hoki MSSM Kebangsaan ialah pada tahun 2002 iaitu mendapat tempat ke-3.

Dalam Kejohanan Hoki Sixes & Sevens Kebangsaan Tenaga Nasional Berhad,SMK Puteri pernah menjadi juara bagi kategori bawah 18 tahun pada tahun 2007 dan tempat ke-3 pada tahun 2008.

Pada tahun 2009,pasukan SMK Puteri berjaya menduduki tempat ke-4 dan memenangi anugerah pemain harapan di Kejohanan Hoki Juara-Juara Sekolah Kebangsaan.

SMK Puteri juga menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Zon Selatan dan Kebangsaan.Pencapaian terbaik di peringkat kebangsaan ialah menjadi naib johan pada tahun 2004,2006 dan 2007.

Manakala dalam kejohanan di Negeri Sembilan sama ada anjuran MSSM Negeri Sembilan atau Persatuan Hoki Wanita Negeri Sembilan,pasukan hoki SMK Puteri sering menjadi juara bagi kategori PB15 dan PB18 tahun.

Sepanjang tahun 2000 hingga kini,pasukan hoki SMK Puteri adalah di bawah bimbingan Pn.Nurul Hidayah Seah Bt Abdullah yang merupakan jurulatih bertauliah.Selain membimbing pasukan hoki sekolah,beliau juga pernah menjadi jurulatih pasukan hoki PB18 MSSM Negeri Sembilan.

Dengan komitment dan minat yang mendalam dalam sukan ini serta beberapa pencapaian cemerlang di peringkat kebangsaan telah menyebabkan beliau mendapat Anugerah Guru Berjasa Sukan ( Perempuan ) Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007 dan Anugerah Jasamu Dikenang oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pada tahun 2008.

Mulai tahun 2008,Majlis Sukan Negeri Sembilan telah memilih pasukan hoki SMK Puteri sebagai pusat Sukan Prestasi Tinggi untuk menggantikan program Bakat Tunas Cemerlang.




Pemain hoki bersama Pn.Nurul Hidayah Seah Bt Abdullah(jurulatih),Hjh.Azizah Bt Mohd.Nor(pengetua),Pn.Poziah Bt Ab.Jalil (GPK Koko) & Pn.Noraini Kassim(pengurus)


Pn.Nurul Hidayah Seah Bt Abdullah menerima cenderamata Anugerah Jasamu Dikenang

daripada Menteri Besar Negeri Sembilan.